Definisinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
Pengertian teknologi dari segi istilah secara umumnya ialah penggunan sains. Perkataan “Tekno” bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja manakala “Logi” bermaksud doktrin, teori atau ilmu.
SUMBANGAN ISLAM DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN STRUKTUR BANGUNAN
STRUKTUR
- Bidang struktur bangunan terbukti di dalam Al-Quran dan ianya satu peringatan kepada kita bahawasanya pentingnya bidang ini dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.
- Sebagai bukti, sebuah perpustakaan yang bernama Khizanat Al-Hikmah terbina pada kurun ke-8 Masihi sebelum terlantiknya Al-Ma`Mum sebagai khalifah. Kemudian pembinaan perpustakaan Al-Hakim pada kurun ke-12 Masihi dalam polisi yang sama telah diambil dengan terdirinya Pusat Sains di Cairo, Egypt.Masjid pula menjadi pusat pembelajaran dan tempat kuliah selain daripada menunaikan fardhu ‘ain.
- Terbentuknya institusi madrasah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal.
- Terdirinya bangunan-bangunan yang menampung sistem pembelajaran yang lebih teratur seperti sekolah dan universiti. Antara Universiti yang terawal ketika itu ialah University of Al-Azhar di Cairo, University of Ez-Zitouna di Tunisian Republic dan University of Karaouine di Fez, MoroccoDome of Rock, Baitulmaqdis, Palestine Dome of Eagle, Damsyik, Syria Khirbat Al Mafjar, Hisyam’s Castle, Jericho, Jordan Istana Qusair Amra, Jordan Mezquita de Córdoba, Cordova, Spain.
SUMBANGAN ISLAM DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN HIDROLOGI ATAU PENGAIRAN
HIDROLOGI ATAU PENGAIRAN
- Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.
- Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud.
- Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai, quot, qanat dan quot, atau channel dalam bahasa Inggeris sekarang yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan.
- Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.
SUMBANGAN ISLAM DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
MEKANIKAL
- Sumbangan kejuruteraan mekanikal Islam amat berpotesi.
- kemajuan dalam dunia astronomi, geografi, pelayaran, perubatan, matematik, kesenian dan reka bentuk yang dihasil oleh sarjana moden barat sekarang adalah hasil adaptasi dan ciplak dari hasil penemuan asal yang digali dari al-Quran oleh ilmuwan Islam dahulu.
- Sarjana-sarjana Islam menamakan bidang pengajian Ilmu mekanik ini sebagai ‘Ilm al-Hiyal dan telah melahirkan tokoh terkenal yang bernama Badi’ al-Zaman Ismail Ibn Razzazz Abul ‘Izz al-Jazari.
- Peranti mekanik rekaan beliau adalah seperti jam air gajah.
Ditulis oleh: NURNADHIRAH BT ABU BAKAR (19DPM13F1024)
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM
- Definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia.
- sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.
- contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik.
Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini.
- Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain
- Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf.
- Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur.
- Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra.
- Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air.
llmu kejuruteraan ialah al Jazari dan Taqi al Din.
- Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka.
- Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus.
- mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.
- menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop.
- perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas.
Banu Musa
- berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.
- digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.
Teknologi bangunan
- mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.
Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam.
Ditulis oleh: NURUL AISYAH NADHIRAH BT NOR AZIZI (19DPM13F1018)
BIDANG KEJURUTERAAN
Dua prinsip kejuruteraan Islam, iaitu:
Kesetaraan (mizan):
Prinsip ini membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukan yang betul dalam sesebuah sistem.
Keseimbangan (tawazun):
Prinsip ini pula bermaksud bahawa sistem itu secara keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya dalam kedudukan tersebut.
Dua faktor kenapa hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain.
i) Para jurutera Islam pada era inovasi sains dan teknologi Islam dari abad 8-12M lebih banyak menumpukan usaha kearah penggunaan teknologi yang dicipta berbanding mempergiatkan kerja-kerja penulisan dan penghasilan teknologi baru.
ii) Setelah kejatuhan empayar Islam sama ada di Timur mahupun di Barat, banyak manuskrip dan buku para saintis dan jurutera Muslim yang menghadapi kemusnahan (Fadzlullah Shuib, 2007: 40-41).
TOKOH DAN SUMBANGAN
Sungguhpun hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain, terdapat beberapa karya kejuruteraan yang masih wujud untuk dianalisis oleh generasi terkemudian:
Antaranya ialah:
i) Karya-karya Banu Musa pada abad ke-9 Masihi seperti kitab al-Hiyal (kitab pengetahuan mekanik yang menjelaskan tentang mesin roda pengankut air serta mesin untuk mengisar jagung dan bijirin yang lain.
ii) Al-Maqdisi (m.d. 1000M/390H) yang menerangkan tentang mesin roda air di sepanjang Sungai Ahwaz, Iran.
iii) Al-Idrisi (1099–1165M) di Toledo, Sepanyol menulis sebuah makalah pada tahun 1154M/584H tentang kejuruteraan mesin roda air yang digunakan untuk mengangkut air dari Sungai Tagus untuk dibekalkan ke Toledo.
iv) Taqiyyudin, jurutera Muslim pada abad ke-12M telah menulis dan menghasilkan mesin pengangkut air yang dikenal sebagai syaduf, saqiya, dan naura. Mesin-mesin tersebut digerakkan
dengan tenaga binatang dan kuasa air (hidro).
v) Al-Jazari (1136–1206M) pada abad ke-13M telah menghasilkan mesin pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya secara automatik.
vi) Al-Himyari seorang jurutera Muslim dari Sepanyol menulis buku kejuruteraan yang berjudul Kitab al Rawd al-Mi’tar pada tahun 1262M/661H. Buku tersebut menjelaskan tentang kincir angin yang digunakan sebagai mesin penggiling gula dan tepung
vii) Penciptaan jam telah diusahakan oleh sebilangan jurutera Muslim seperti Ibn al-Haytham (m.d. 1039M), al-Zarqali (1029–1087M) di Sepanyol, al-Khazini (m.d. 960M), dan Muhammad al-Sa’ati (Fadzlullah Shuib, 2007: 40-42).
Ditulis oleh: NUR ASMIDA BT MOHAMAD NAWAWI (19DPM13F1056)
adakah sumbangan teknologi ini berkaitan dengan kelahiran renaissance?
ReplyDelete