Tuesday 19 August 2014

AL JAZARI - JURUTERA PERTAMA MENUBUHKAN SISTEM BEKALAN AIR



AL JAZARI-JURUTERA PERTAMA TUBUHKAN SISTEM BEKALAN AIR


SEORANG jurutera dan pencipta Islam didapati adalah orang pertama yang berjaya mencipta dan menubuhkan satu sistem pembekalan air ke masjid dan hospital di Diyarbakir, Anatolia (Turkey) pada awal kurun ke-13 dengan menggunakan gear yang diciptanya dan diedarkan dengan mengguna kuasa air.Sistem taliair canggih direka di Diyarbakir termasuk rangkaian paip yang luas dibina untuk mengalirkan air ke kawasan tempat ia diperlukan termasuk ladang pertanian.







Bagaimana sistem tali air bergerak.

Jentera Al Jazari terdiri daripada sebuah pemutar air, satu sistem dimana pengepam dan gear yang mengepam air dari sumber bekalan di bawah sebuah bukit ke masjid dan hospital dalam bandar itu menggunakan sistem paip. Bandar itu terletak di atas sebuah bukit. Sistem itu menggunakan kuasa air memandangkan kuasa letrik belum pun diketahui waktu itu.Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (1452-1519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dianggap sebagai orang pertama mencipta dan menggunakan gear hidrolik dan mekanikal.  


Sepatutnya Al Jazari diiktiraf sebagai pencipta gear demikian itu kerana bukan saja telah mencipta sistem gear itu lebih 200 tahun sebelum Leonardo tetapi telah berjaya mendirikan sistem pembekalan air menggunakan sistem gear itu. Pengitirafan itu tidak diberikan kepadanya hanya kerana hasil ciptaan Al Jazari ditulis dalam bahasa Arab dan tidak diketahui oleh Barat.
Para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal.



Alat Naikkan Air Al Jazari

Apakah yang begitu hebat dengan sistem taliair Al Jazari?

 Hari ini jika kita buka paip di rumah sudah tentu air akan mengalir. Tetapi untuk ini berlaku mesti ada alat yang menyedut air itu dari sumbernya, memindahnya ke satu saluran atau paip sehingga ke rumah. Ini adalah senario paling mudah yang wujud dalam satu sistem taliair. Sudah tentulah ada perkakas atau alat digerakkan sebelum ia boleh digunakan.
Ketika orang masih mengharapkan perigi dan sungai sebagai sumber air, Al Jazari mencipta peralatan mekanikal diperlukan untuk mewujudkan satu sistem yang boleh membekalan air ke beberapa tempat tertentu.
Al Jazari sudah berjaya mencipta satu sistem mekanikal yang bergerak dengan jayanya dikendalikan oleh peralatan diciptanya dengan begitu halus dan berukuran tepat. Sistem taliairnya, terdiri daripada empat perkakas utama yang merupakan beberapa asas kejuruteraan mekanikal hari ini. 
Sebuah roda air digunakan untuk memperoleh kesan sama sebuah turbin. Roda air itu biasa direndam dalam air untuk mengambil peluang daripada pengaliran sungai.Bila pengaliran air terlanggar bilah roda itu ia akan berputar. Sistem bekalan air Al Jazari menggunakan sebuah roda air dengan gear disambung kepada roda. Gear condong itu berputar bersama-sama dengan putaran roda air itu.



Roda air bergear

Gear yang tegak itu digunakan untuk menukar kekuatan air daripada roda air berputar untuk menggerakkan satu lagi gear dipasang secara melintang.
Sistem gear ini adalah ia tidak saja menyebabkan pergerakan dipindahkan tetapi juga mengubah pergerakan dari melintang kepada menegak. Sistem gear pertama dicipta Al-Jazari mungkin merupakan sistem gear pertama yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem taliair Al Jazari dikenali sebagai pam penyedut hidrolik pertama kali digunakan.



 Gear disambung ke roda air

Gear utama ini akan berpusing apabila roda air berputar.Al Jazari memperkenalkan satu huraian bijak berupa sebuah tombol kecil dipasang pada gear tegak untuk mengendalikan bahagian pam. Jadi apabila gear utama berpusing ia menyebabkan pergerakan pam penyedut seperti piston mengepam air keluar dari sungai ke sebatang paip yang menyalurkan air ke kawasan tertentu Diyarbakir.  
Pam itu adalah sejenis alat yang menggunakan kuasa hidrolik untuk mengepam air ke satu lagi sistem taliair.
Ringkasnya sistem taliair Al Jazari menggunakan air sungai untuk menggerakkan sebuah turbin yang seterusnya dengan kombinasi beberapa gear mengendalikan pam penyedut.
Dengan adanya pam penyedut itu, air boleh dibekalkan ke tempat bukan saja jauh tetapi juga di tanah tinggi. Beliau menggunakan silinder dan penutup untuk menghasilkan kesan hidrolik.



Seorang jurutera genius 

Satu lagi ciptaan terkenalnya ialah jam gajah, ia itu sebuah jam automatik pertama yang digerakan dengan kuasa air. Ia telah dapat menunjukkan waktu dengan tepat mengambil kira masa yang tidak sama bagai setiap hari dalam setahun. Jamnya itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.


Ditulis oleh: NOR AMILINA BT A.AZMI (19DPM13F1088)

1 comment:

  1. Casino - Bracket betting guide for your chance to win
    The Casino is a unique casinosites.one casino that has been around for worrione.com over a decade. It has managed to offer great 1등 사이트 games such gri-go.com as Blackjack, bsjeon.net Roulette and Video Poker,

    ReplyDelete