Tuesday 19 August 2014

AL JAZARI - JURUTERA PERTAMA MENUBUHKAN SISTEM BEKALAN AIR



AL JAZARI-JURUTERA PERTAMA TUBUHKAN SISTEM BEKALAN AIR


SEORANG jurutera dan pencipta Islam didapati adalah orang pertama yang berjaya mencipta dan menubuhkan satu sistem pembekalan air ke masjid dan hospital di Diyarbakir, Anatolia (Turkey) pada awal kurun ke-13 dengan menggunakan gear yang diciptanya dan diedarkan dengan mengguna kuasa air.Sistem taliair canggih direka di Diyarbakir termasuk rangkaian paip yang luas dibina untuk mengalirkan air ke kawasan tempat ia diperlukan termasuk ladang pertanian.







Bagaimana sistem tali air bergerak.

Jentera Al Jazari terdiri daripada sebuah pemutar air, satu sistem dimana pengepam dan gear yang mengepam air dari sumber bekalan di bawah sebuah bukit ke masjid dan hospital dalam bandar itu menggunakan sistem paip. Bandar itu terletak di atas sebuah bukit. Sistem itu menggunakan kuasa air memandangkan kuasa letrik belum pun diketahui waktu itu.Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (1452-1519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dianggap sebagai orang pertama mencipta dan menggunakan gear hidrolik dan mekanikal.  


Sepatutnya Al Jazari diiktiraf sebagai pencipta gear demikian itu kerana bukan saja telah mencipta sistem gear itu lebih 200 tahun sebelum Leonardo tetapi telah berjaya mendirikan sistem pembekalan air menggunakan sistem gear itu. Pengitirafan itu tidak diberikan kepadanya hanya kerana hasil ciptaan Al Jazari ditulis dalam bahasa Arab dan tidak diketahui oleh Barat.
Para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal.



Alat Naikkan Air Al Jazari

Apakah yang begitu hebat dengan sistem taliair Al Jazari?

 Hari ini jika kita buka paip di rumah sudah tentu air akan mengalir. Tetapi untuk ini berlaku mesti ada alat yang menyedut air itu dari sumbernya, memindahnya ke satu saluran atau paip sehingga ke rumah. Ini adalah senario paling mudah yang wujud dalam satu sistem taliair. Sudah tentulah ada perkakas atau alat digerakkan sebelum ia boleh digunakan.
Ketika orang masih mengharapkan perigi dan sungai sebagai sumber air, Al Jazari mencipta peralatan mekanikal diperlukan untuk mewujudkan satu sistem yang boleh membekalan air ke beberapa tempat tertentu.
Al Jazari sudah berjaya mencipta satu sistem mekanikal yang bergerak dengan jayanya dikendalikan oleh peralatan diciptanya dengan begitu halus dan berukuran tepat. Sistem taliairnya, terdiri daripada empat perkakas utama yang merupakan beberapa asas kejuruteraan mekanikal hari ini. 
Sebuah roda air digunakan untuk memperoleh kesan sama sebuah turbin. Roda air itu biasa direndam dalam air untuk mengambil peluang daripada pengaliran sungai.Bila pengaliran air terlanggar bilah roda itu ia akan berputar. Sistem bekalan air Al Jazari menggunakan sebuah roda air dengan gear disambung kepada roda. Gear condong itu berputar bersama-sama dengan putaran roda air itu.



Roda air bergear

Gear yang tegak itu digunakan untuk menukar kekuatan air daripada roda air berputar untuk menggerakkan satu lagi gear dipasang secara melintang.
Sistem gear ini adalah ia tidak saja menyebabkan pergerakan dipindahkan tetapi juga mengubah pergerakan dari melintang kepada menegak. Sistem gear pertama dicipta Al-Jazari mungkin merupakan sistem gear pertama yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem taliair Al Jazari dikenali sebagai pam penyedut hidrolik pertama kali digunakan.



 Gear disambung ke roda air

Gear utama ini akan berpusing apabila roda air berputar.Al Jazari memperkenalkan satu huraian bijak berupa sebuah tombol kecil dipasang pada gear tegak untuk mengendalikan bahagian pam. Jadi apabila gear utama berpusing ia menyebabkan pergerakan pam penyedut seperti piston mengepam air keluar dari sungai ke sebatang paip yang menyalurkan air ke kawasan tertentu Diyarbakir.  
Pam itu adalah sejenis alat yang menggunakan kuasa hidrolik untuk mengepam air ke satu lagi sistem taliair.
Ringkasnya sistem taliair Al Jazari menggunakan air sungai untuk menggerakkan sebuah turbin yang seterusnya dengan kombinasi beberapa gear mengendalikan pam penyedut.
Dengan adanya pam penyedut itu, air boleh dibekalkan ke tempat bukan saja jauh tetapi juga di tanah tinggi. Beliau menggunakan silinder dan penutup untuk menghasilkan kesan hidrolik.



Seorang jurutera genius 

Satu lagi ciptaan terkenalnya ialah jam gajah, ia itu sebuah jam automatik pertama yang digerakan dengan kuasa air. Ia telah dapat menunjukkan waktu dengan tepat mengambil kira masa yang tidak sama bagai setiap hari dalam setahun. Jamnya itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.


Ditulis oleh: NOR AMILINA BT A.AZMI (19DPM13F1088)

Monday 18 August 2014

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG KEJURUTERAAN

Contoh kejuruteraan Islam:

-Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.

-Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.

-Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.

-Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut.

-Dengan kemajuan orang Islam dalam astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.


POST BY: HAZIQAH BT HAZMI (19DPM13F1086)

Saturday 16 August 2014

BIODATA OF IBNU FIRNAS

Post by: ATHIRAH BT ALIAS (19DPM13F1069)

TOKOH-TOKOH KEJURUTERAAN ISLAM

ANTARANYA :




Post by : ATHIRAH BT ALIAS (19DPM13F1069)

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

PENGENALAN

Definisinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
Pengertian teknologi dari segi istilah secara umumnya ialah penggunan sains. Perkataan “Tekno” bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja manakala “Logi” bermaksud doktrin, teori atau ilmu.


SUMBANGAN ISLAM DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN STRUKTUR BANGUNAN

STRUKTUR


  • Bidang struktur bangunan terbukti di dalam Al-Quran dan ianya satu peringatan kepada kita bahawasanya pentingnya bidang ini dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.
  •  Sebagai bukti, sebuah perpustakaan yang bernama Khizanat Al-Hikmah terbina pada kurun ke-8 Masihi sebelum terlantiknya Al-Ma`Mum sebagai khalifah. Kemudian pembinaan perpustakaan Al-Hakim pada kurun ke-12 Masihi dalam polisi yang sama telah diambil dengan terdirinya Pusat Sains di Cairo, Egypt.Masjid pula menjadi pusat pembelajaran dan tempat kuliah selain daripada menunaikan fardhu ‘ain.
  • Terbentuknya institusi madrasah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal.
  •  Terdirinya bangunan-bangunan yang menampung sistem pembelajaran yang lebih teratur seperti sekolah dan universiti. Antara Universiti yang terawal ketika itu ialah University of Al-Azhar di Cairo, University of Ez-Zitouna di Tunisian Republic dan University of Karaouine di Fez, MoroccoDome of Rock, Baitulmaqdis, Palestine Dome of Eagle, Damsyik, Syria Khirbat Al Mafjar, Hisyam’s Castle, Jericho, Jordan Istana Qusair Amra, Jordan Mezquita de Córdoba, Cordova, Spain.



SUMBANGAN ISLAM DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN HIDROLOGI ATAU PENGAIRAN

HIDROLOGI ATAU PENGAIRAN

  • Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.
  • Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud.
  •  Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai, quot, qanat dan quot, atau channel dalam bahasa Inggeris sekarang yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan.
  •  Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.


SUMBANGAN ISLAM DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

MEKANIKAL


  • Sumbangan kejuruteraan mekanikal Islam amat berpotesi.
  • kemajuan dalam dunia astronomi, geografi, pelayaran, perubatan, matematik, kesenian dan reka bentuk yang dihasil oleh sarjana moden barat sekarang adalah hasil adaptasi dan ciplak dari hasil penemuan asal yang digali dari al-Quran oleh ilmuwan Islam dahulu.
  • Sarjana-sarjana Islam menamakan bidang pengajian Ilmu mekanik ini sebagai ‘Ilm al-Hiyal dan telah melahirkan tokoh terkenal yang bernama Badi’ al-Zaman Ismail Ibn Razzazz Abul ‘Izz al-Jazari.
  • Peranti mekanik rekaan beliau adalah seperti jam air gajah.


Ditulis oleh: NURNADHIRAH BT ABU BAKAR (19DPM13F1024)

TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM


  •  Definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. 
  • sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.

  • contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik.

Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini.


  • Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain
  •  Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. 
  • Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. 
  • Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. 
  • Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air.

 llmu kejuruteraan ialah al Jazari dan Taqi al Din.

  • Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka.
  •  Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. 
  •  mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.
Taqi al Din , 

  • menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. 
  • perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas.
Banu Musa 

  • berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. 
  • digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. 
 Teknologi bangunan

  • mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.

Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan.

Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam.

Ditulis oleh: NURUL AISYAH NADHIRAH BT NOR AZIZI (19DPM13F1018)

BIDANG KEJURUTERAAN

Dua prinsip kejuruteraan Islam, iaitu:

Kesetaraan (mizan):
 Prinsip ini membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukan yang betul dalam sesebuah sistem.

Keseimbangan (tawazun): 
Prinsip ini pula bermaksud bahawa sistem itu secara keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya dalam kedudukan tersebut.

Dua faktor kenapa hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain.

i) Para jurutera Islam pada era inovasi sains dan teknologi Islam dari abad 8-12M lebih banyak menumpukan usaha kearah penggunaan teknologi yang dicipta berbanding mempergiatkan kerja-kerja penulisan dan penghasilan teknologi baru.

ii) Setelah kejatuhan empayar Islam sama ada di Timur mahupun di Barat, banyak manuskrip dan buku para saintis dan jurutera Muslim yang menghadapi kemusnahan (Fadzlullah Shuib, 2007: 40-41).


TOKOH DAN SUMBANGAN

Sungguhpun hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Muslim dalam bidang-bidang lain, terdapat beberapa karya kejuruteraan yang masih wujud untuk dianalisis oleh generasi terkemudian:

Antaranya ialah:

i) Karya-karya Banu Musa pada abad ke-9 Masihi seperti kitab al-Hiyal (kitab pengetahuan mekanik yang menjelaskan tentang mesin roda pengankut air serta mesin untuk mengisar jagung dan bijirin yang lain.

ii) Al-Maqdisi (m.d. 1000M/390H) yang menerangkan tentang mesin roda air di sepanjang Sungai Ahwaz, Iran.

iii) Al-Idrisi (1099–1165M) di Toledo, Sepanyol menulis sebuah makalah pada tahun 1154M/584H tentang kejuruteraan mesin roda air yang digunakan untuk mengangkut air dari Sungai Tagus untuk dibekalkan ke Toledo.

iv) Taqiyyudin, jurutera Muslim pada abad ke-12M telah menulis dan menghasilkan mesin pengangkut air yang dikenal sebagai syaduf, saqiya, dan naura. Mesin-mesin tersebut digerakkan
dengan tenaga binatang dan kuasa air (hidro).

v) Al-Jazari (1136–1206M) pada abad ke-13M telah menghasilkan mesin pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya secara automatik.

vi) Al-Himyari seorang jurutera Muslim dari Sepanyol menulis buku kejuruteraan yang berjudul Kitab al Rawd al-Mi’tar pada tahun 1262M/661H. Buku tersebut menjelaskan tentang kincir angin yang digunakan sebagai mesin penggiling gula dan tepung

vii) Penciptaan jam telah diusahakan oleh sebilangan jurutera Muslim seperti Ibn al-Haytham (m.d. 1039M), al-Zarqali (1029–1087M) di Sepanyol, al-Khazini (m.d. 960M), dan Muhammad al-Sa’ati (Fadzlullah Shuib, 2007: 40-42).

Ditulis oleh: NUR ASMIDA BT MOHAMAD NAWAWI (19DPM13F1056)