Pengenalan
Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.
Pengertian teknologi dari segi istilah secara umumnya ialah penggunan sains. Perkataan “Tekno” bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja manakala “Logi” bermaksud doktrin, teori atau ilmu.
Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan BINAAN
Pembinaan
- Kejuruteraan awam dan struktur juga memberi sumbangan yang banyak terhadap perkembangan teknologi Islam. Teknologi bangunan yang berkait rapat dengan bidan arkitek barjaya menonjolakan teknologi senibina Islam yang mangagumkan seperti Masjid Al-Aqsa di Jerusalem, Palestine dan Masjid Umayyad di Damascus/Damsyik, Syria yang dibina pada kurun ke-7 Masihi.
- Teknologi kejuruteraan jalan raya dan perhubungan jambatan yang boleh dikagumi ialah Jambatan Shahrestan di Isfahan, Iran pada kurun ke-12 Masihi
Masjid Umayyad, Damsyik, Syria
Jambatan Shahrestan, Isfahan, Islamic Republic of Iran
Struktur
- Bidang struktur bangunan terbukti di dalam
- Al-Quran dan ianya satu peringatan kepada kita bahawasanya pentingnya bidang ini dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.
- Sebagai bukti, sebuah perpustakaan yang bernama Khizanat Al-Hikmah terbina pada kurun ke-8 Masihi sebelum terlantiknya Al-Ma`Mum sebagai khalifah.
- Kemudian pembinaan perpustakaan Al-Hakim pada kurun ke-12 Masihi dalam polisi yang sama telah diambil dengan terdirinya Pusat Sains di Cairo, Egypt.
- Masjid pula menjadi pusat pembelajaran dan tempat kuliah selain daripada menunaikan fardhu ‘ain.
- Dari situ, terbentuknya institusi madrasah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal.
- Terdirinya bangunan-bangunan yang menampung sistem pembelajaran yang lebih teratur seperti sekolah dan universiti.
- Antara Universiti yang terawal ketika itu ialah University of Al-Azhar di Cairo, University of Ez-Zitouna di Tunisian Republic dan University of Karaouine di Fez, Morocco
Dome of Rock, Baitulmaqdis, Palestine
Dome of Eagle, Damsyik, Syria
Istana Qusair Amra, Jordan
Perkapalan
- Dalam teknologo perkapalan, jurutera Islam telah membina kapal laut yang dapat mengharungi lautan besar. Kapal diperlukan oleh pedagang,nelayan dan tentera laut.
- Para pedagang antarabangsa dari China, Timur Tengah dan Benua Eropah bukan sahaja meningkatkan ekonomi Islam malah memperkembangkan teknologi sains dan pelayaran sebagai saluran komunikasi.
- Antara tokoh-tokoh pelayaran Islam ialah, Al-Khawarizmi, Al-Battani, Ibnu Battutah, Ibnu Majid dan banyak lagi
- Menurut seorang ahli sejarawan Kritian, orang-orang Arab tidak pernah menggunakan jalan laut sebelum kedatangan Islam.
- Di zaman Rasulullah, orang-orang Islam hanya menumpang kapal pedagang untuk berhijrah ke Habsyah(Ethiopia).
- Kemudian pada zaman Sayidina Umar al Khattab, orang Islam mula menggunakan kapal untuk memerangi musuh luar sehingga dimana industri pembuatan kapal wujud di Syria dan Mesir dengan bekalan kayu dari Lebanon dan diperluas ke Tunisia dan Andalusia.
- Kegiatan membuat kapal dan tentera laut diteruskan oleh kerajaan Abbasiyah oleh Khalifah Harun al-Rashid yang manakluki Cyprus pada 791 Masihi.
- Menurut sejarawan Cina juga, Maharaja Dinasti Ming telah memerintahkan Laksamana Cheng Ho(seorang Islam) belayar ke Selatan dan Barat dengan armada yang besar bagi misi kekuatan China dengan kapal-kapal buatannya.
Posted by DeongHanDe (19DPM13F1042)
T-Shirt – Titanium pans | T-Shirts - TiNanium Art
ReplyDeleteT-Shirt – titanium mokume gane Titanium 2019 ford ecosport titanium pans - T-Shirts titanium dog teeth implants - TiNanium thinkpad x1 titanium Art. garmin fenix 6x pro solar titanium