Wednesday 8 October 2014

TOKOH-TOKOH KEJURUTERAAN AWAM TAMADUN ISLAM




  • "IIbnu'r-Razzaz" merupakan seorang tokoh kejuruteraan Arab
  • Beliau dianugerahi kemahiran dalam bidang mekanikal, khususnya mengenai teori hidraulik dan dinamik
  •  Ibnu'r-Razzaz telah mengarang tiga jilid buku tentang keunikan alat-alat ciptaannya yang boleh bergerak dengan sendiri.
  •  Beliau menjelaskan proses penciptaan dan pembuatan peralatan yang mengagumkan.
  • Peralatan teknologi yang canggih ciptaan beliau telah digunakan di tiga buah bandar utama pada zamannya
  • Dengan kejayaan ini, ilmuan Barat telah mengiktiraf keilmuan beliau sebagai kemuncak pemikiran Arab Islam.



POST BY THINAGARAN {19DPM13F1074}

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pengenalan

Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.

Pengertian teknologi dari segi istilah secara umumnya ialah penggunan sains. Perkataan “Tekno” bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja manakala “Logi” bermaksud doktrin, teori atau ilmu.

Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan BINAAN
Pembinaan

  • Kejuruteraan awam dan struktur juga memberi sumbangan yang banyak terhadap perkembangan teknologi Islam. Teknologi bangunan yang berkait rapat dengan bidan arkitek barjaya menonjolakan teknologi senibina Islam yang mangagumkan seperti Masjid Al-Aqsa di Jerusalem, Palestine dan Masjid Umayyad di Damascus/Damsyik, Syria yang dibina pada kurun ke-7 Masihi.
  • Teknologi kejuruteraan jalan raya dan perhubungan jambatan yang boleh dikagumi ialah Jambatan Shahrestan di Isfahan, Iran pada kurun ke-12 Masihi


 Masjid Umayyad, Damsyik, Syria
Jambatan Shahrestan, Isfahan, Islamic Republic of Iran


STRUKTUR Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan
Struktur


  • Bidang struktur bangunan terbukti di dalam 
  • Al-Quran dan ianya satu peringatan kepada kita bahawasanya pentingnya bidang ini dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.
  • Sebagai bukti, sebuah perpustakaan yang bernama Khizanat Al-Hikmah terbina pada kurun ke-8 Masihi sebelum terlantiknya Al-Ma`Mum sebagai khalifah.
  • Kemudian pembinaan perpustakaan Al-Hakim pada kurun ke-12 Masihi dalam polisi yang sama telah diambil dengan terdirinya Pusat Sains di Cairo, Egypt.


  • Masjid pula menjadi pusat pembelajaran dan tempat kuliah selain daripada menunaikan fardhu ‘ain.
  • Dari situ, terbentuknya institusi madrasah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal.
  • Terdirinya bangunan-bangunan yang menampung sistem pembelajaran yang lebih teratur seperti sekolah dan universiti.
  • Antara Universiti yang terawal ketika itu ialah University of Al-Azhar di Cairo, University of Ez-Zitouna di Tunisian Republic dan University of Karaouine di Fez, Morocco


 Dome of Rock, Baitulmaqdis, Palestine 

Dome of Eagle, Damsyik, Syria

Istana Qusair Amra, Jordan


 PERKAPALAN Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan
 Perkapalan

  • Dalam teknologo perkapalan, jurutera Islam telah membina kapal laut yang dapat mengharungi lautan besar. Kapal diperlukan oleh pedagang,nelayan dan tentera laut.
  • Para pedagang antarabangsa dari China, Timur Tengah dan Benua Eropah bukan sahaja meningkatkan ekonomi Islam malah memperkembangkan teknologi sains dan pelayaran sebagai saluran komunikasi.
  • Antara tokoh-tokoh pelayaran Islam ialah, Al-Khawarizmi, Al-Battani, Ibnu Battutah, Ibnu Majid dan banyak lagi
  • Menurut seorang ahli sejarawan Kritian, orang-orang Arab tidak pernah menggunakan jalan laut sebelum kedatangan Islam.
  • Di zaman Rasulullah, orang-orang Islam hanya menumpang kapal pedagang untuk berhijrah ke Habsyah(Ethiopia).
  • Kemudian pada zaman Sayidina Umar al Khattab, orang Islam mula menggunakan kapal untuk memerangi musuh luar sehingga dimana industri pembuatan kapal wujud di Syria dan Mesir dengan bekalan kayu dari Lebanon dan diperluas ke Tunisia dan Andalusia.
  • Kegiatan membuat kapal dan tentera laut diteruskan oleh kerajaan Abbasiyah oleh Khalifah Harun al-Rashid yang manakluki Cyprus pada 791 Masihi.
  • Menurut sejarawan Cina juga, Maharaja Dinasti Ming telah memerintahkan Laksamana Cheng Ho(seorang Islam) belayar ke Selatan dan Barat dengan armada yang besar bagi misi kekuatan China dengan kapal-kapal buatannya.

Posted by DeongHanDe (19DPM13F1042)

Monday 6 October 2014